07 July 2008

PEMENANG PENGUNJUNG TERBANYAK PSS

Pusat Sumber SK Tapah telah mengadakan pertandingan 'Pengunjung Terbanyak' pada 15 April hingga 15 Mei 2008. Adik Suraya bt Yusuf telah menjadi pengunjung terbanyak dalam pertandingan tersebut.

03 July 2008

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah



Majlis pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah telah dilancarkan pada 24 Mac 2008 oleh Pn.Hjh Norbiaah bt Hj Sulaiman Guru Besar SK Tapah. Objektif majlis ini adalah membina tabiat membaca yang berkekalan dikalangan murid SK Tapah. Pada hari itu juga 2 orang murid SK Tapah telah menerima sijil penyertaan bagi Program Cahaya Minda,mereka ialah Adik Nor Farezlin bt Yusuf dan Adik Amira Sofea Annur bt Ahmad Basri.

Pelancaran Minggu 3K





Pelancaran Minggu 3K telah diadakan pada 28 April hingga 2 Mei 2008.AJK telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan mewarna dan poster masing-masing untuk Tahap 1 dan Tahap 2 bertemakan Keselamatan,teka silangkata,kuiz 3k,senaman aerobik,program memberus gigi dan ceramah penyalahgunaan dadah.