19 November 2009

Si Comel Prasekolah 2009


17 November 2009

GURU OH GURU

Hari ini tiba-tiba saya teringatkan sajak Guru Oh Guru karya Seniman Agung Negara Usman Awang. Sajak ini memberi sejuta makna kepada para pendidik di mana jua...

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
  • Bersikap profesional.
  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

Cikgu-cikgu kita fikirlah bersama-sama........(nak baca lanjut pergilah ke http://www.angelfire.com/journal2/fakir_zamani/ceramah3.htm)

06 November 2009

HARI-HARI KENA DATANG PETANG

Minggu depan warga SK Tapah hari-hari kena datang petang..dah tanggungjawab buat jelah.Insyallah kerja yang ikhlas ada ganjarannya...berbaloi-baloi.

  • 9 November, RIMUP (2.00 ptg hingga 5.00 ptg)
  • 10 November, Penyerahan Kad Pelaporan Kepada Ibu bapa (3.00 ptg hingga 5.00 ptg)
  • 11 November, Jamuan Akhir Tahun (3.00 ptg)
  • 12 November, Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah (2.30 ptg)
  • 13 November, Mesyuarat Guru (3.00 ptg)

SETUJUKAH ANDA?

Mendidik anak murid dari kalangan orang asli kita sebagai guru perlu menggunakan kaedah 6M:
  • Menulis
  • Membaca
  • Mengira
  • Menyanyi
  • Menari
  • Makan

Bagaimana pendapat anda?

05 November 2009

PASUKAN BOLA TAMPAR


04 November 2009

TIPS KESIHATAN..BACA TAU

Serangan Jantung dan Minum Air Suam
Fakta ini sangat bagus.Bukan semata-mata berkenaan air suam,tetapi berkenaan serangan jantung...masyarakat Cina dan Jepun minum teh panas untuk bersarapan,bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan.
Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk,fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindak balas dengan asid di dalam perut,ia akan mencecah dan diserap oleh enzim intestine. Dalam masa terdekat,ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Petanda Lazim Serangan Jantung
Amaran berkenaan serangan jantung - Anda seharusnya mengambil tahu yang petanda serangan jantung bukan sahaja pedih pada sebelah kiri dada...awasi jika terasa sakit yang menyesakkan pada dada kiri. Mungkin anda belum pernah merasa sakit dada semasa terkena serangan jantung. Muntah-muntah dan berpeluh berlebihan juga antara tanda-tanda lazim. 60% pesakit yang terkena serangan jantung adalah ketika sedang tidur dan tidak boleh bangun dari tidur. Sakit pada dada boleh menyebabkan tidak sedarkan diri. Berhati-hati dan berjaga-jagalah sentiasa...

CUCI MATA..JAP

CIKGU BADRUL...DALAM KENANGAN

Tahniah buat Cikgu Badrul PK Koko kerana dapat bertukar ke SK Trolak Timur..jimat duit minyak...dan SELAMAT DATANG buat Cikgu Ahmad Zainal.

SISPOL OH SISPOL

Peperiksaan akhir tahun dah abis..cikgu-cikgu mula pening kepala dengan sispol. Ada yang lupa kata laluan dan id pengguna. Cikgu-cikgu rujuklah dengan Ustaz Yusri atau Cikgu Yusof...